twitter


NOORIZWAN ZAINAL (SPM OO)
Eksklusif ala WOTY
HAFIZ ABDULLAH (SPM 00)
Mempelai dua sejoli
SOLEHATI YUSOFF (SPM 01)
Kesederhanaan lambang keimanan & ketaqwaan

NIZAM ISHAK & EZZULIANI (SPM 03)
Wajah keceriaan dan kebahagiaan

NABILAH OTHMAN (SPM '03)
Yang jauh didekatkan, yang dekat diserasikan

HAZIRAH MANSOR (SPM 03)
Bagai pinang dibelah dua

QUSYAIRI (SPM 03)
Keunikan perkahwinan adat istiadat NAVY

AHMAD HAFIZ & ZILA (SPM 04)
Anggun bergaya pengantin muda



Potret kehidupanmu sejenak cuma
Dihias rona warna anggun pesona
Seharum kasturi di taman syurga
Sinar bernilai ibarat mutiara

Kerana di situ kau menerima tarbiah
Menyelusuri denai quran dan sunnah
Wajah sinar limpah taqwa istiqamah
Bernaung di bawah maghfirah hidayah

Namun suria tidak sampai ke petang
Mendung menyapa cerah kan pincang
Mengganas taufan gila menggarang
Membawa pergi nikmat pernah ditatang

Yang berlandas, telah tersasar
Yang ditunjuk, semakin pudar
Yang bersemangat, kian hambar
Yang menyerlah, hilang sinar

Bila Islam hilang dari genggam
Bila Iman lemas dalam gurindam
Bila Ihsan kini tinggal dendam
Saat itu kita lihat insan tenggelam

Insan itu bukan sekadar biasa
Hiasan madrasah suatu ketika
Kerana jebakan dunia hati merana
Nilaian disisi-Nya kian menyirna

Ada hati, fahamilah
Ada mata, lihatlah
Ada telinga, dengarlah
Agar hidupmu dibajai iman dan dipagari maruah
Puisi ini ditujukan khas buat alumni SMKANT. Semoga istiqamah dalam Islam, Iman dan Ihsan
inspirasi daripada Surah al-A'raf (7) ayat 179 :
" Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakan untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Meraka itulah orang-orang yang lalai. "



Pada 5 Jun 2010, JAST telah mengambil inisiatif kerjasama dengan pihak SMKANT dalam menganjurkan program Jejak Ilmu tingkatan 3 dan 5 bertempat di Universiti Sains Malaysia Kampus Kejuruteraan, Transkrian, Pulau Pinang. Seramai 23 ahli JAST hadir sebagai fasilitator bagi membantu pihak SMKANT menjayakan program tersebut. Slot latihan dalam kumpulan (LDK) yang dikendalikan oleh JAST sepenuhnya telah berjalan dengan lancar. Para pelajar SMKANT juga memberikan respon dan kerjasama yang baik sepanjang JAST mengendalikan slot tersebut. JAST ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada seluruh warga SMKANT kerana telah memberi peluang JAST kembali aktif sebagai proksi SMKANT.


Sambutan Hari Guru yang diadakan pada 2 Jun 2010 bertempat di SMKANT turut dimeriahkan dengan kehadiran ahli JAST yang diketuai oleh Presiden JAST, saudara Khusyairi Abdul Rahim. Beliau turut diberi ruang untuk berucap pada majlis tersebut. Kelihatan para pelajar dan guru SMKANT gembira menyambut kehadiran ahli JAST. Diharapkan dengan kehadiran ahli JAST ke majlis tersebut akan mengeratkan lagi hubungan diantara JAST dan SMKANT.

"Selamat Menyambut Hari Guru buat semua guru-guru dan bekas guru-guru SMKA Nibong Tebal. Jasa, pengorbanan dan keikhlasan baktimu dahulu telah melahirkan 'kami' yang berjaya hari ini." - Presiden JAST 2010, Khusyairi Abdul Rahim -

"Guru... Dalam ajarnya ada harapan, dalam tegurnya ada doa, dalam tawanya ada mesra, dalam diam ada bijaksana, dalam tangannya kita terbina. Selamat Hari Guru buat semua guru dan bekas guru SMKANT." - Timbalan Presiden 2 JAST 2010, Jasika@Khairunnisa' Salleh -


Kini JAST semakin aktif dengan aktiviti sukan mingguan secara berkala. Futsal menjadi aktiviti sukan utama JAST. Sekiranya anda (ahli JAST) berminat menyertai aktiviti futsal ini, anda boleh berhubung dengan saudara Ghazali (facebook : Ghazali Glx). Anda boleh menyertai secara individu atau berkumpulan (untuk perlawanan persahabatan).

Hari : Isnin dan Rabu setiap minggu
Tempat : Safira, Seberang Jaya, Pulau Pinang
Masa : 9 malam - 10 malam

(p/s : Perlawanan Khas Futsal Sempena World Cup pada 13 Jun 2010, 10-11.30 malam, Safira Seberang Jaya. Hubungi Shahrul (facebook : Shahrul Ashraf Ibrahim)