twitter


Disebalik saf kepimpinan itu

berdiri teguh pejuang2 agama

bersatu bergerak melangkah bersama

hati2 mereka diikat mati

oleh tali ukhwah yg suci

demi kasihnya diri kpd Allah

diinfakkan seluruh hidup utk berbakti

krn yakin akan pasti janji Rabbi

betapa mahalnya mehnah dan tribulasi

dibayar tunai dgn syurga

melangkah masuk melalui mana2 pintu yg disukai

takkan pernah puas merasai nikmat syurgawi

menyambut salam kebahagiaan yg hakiki

salam juang duhai pejuang ISLAM!

penyambung generasi biah solehah

di bumi barakah SMKANT

Karya :

Nur Saadah Rozali
(SPM 06)


Tempat : Safira Sport and Recreation Centre Seberang Jaya
Tarikh : 28 Ogos 2010
Masa : 6 petang
Bayaran : RM 35 seorang

Sila confirmkan kehadiran selewat-lewatnya pada 20 Ogos 2010 kepada Ghazali (017-3173755)



Kem Eksplorasi Pemerkasaan Pimpinan BADAR anjuran Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nibong Tebal dengan kerjasama Jalinan Ukhuwah Lepasan SMKANT (JAST) yang telah diadakan di Sedim Eco Park meninggalkan 1001 langkah dalam arena tarbiah SMKANT. Seramai 21 orang pimpinan BADAR SMKANT telah berjaya ditarbiyah dalam peringkat ta'rif atau pengenalan. Terima kasih kepada ahli JAST terutama jawatan kuasa EKSPIDAR yang telah bertungkus-lumus menyiapkan modul, pulang daripada Nilai, Gombak, Serdang, Kuala Lumpur, serta mengorbankan masa, wang dan tenaga sebagai urusetia dan fasilitator. Tahniah kepada pimpinan BADAR SMKANT sesi 2010/11 yang telah berjaya mengharungi pelbagai ujian dalam Kem EKSPIDAR kali ini. Tidak dilupakan juga, kerjasama daripada pihak SMKANT terutamanya Ustaz Dzul Fakor Ali Mustapa (PK HEM SMKANT) yang menyokong serta mendokong usaha ini daripada mula hingga ke akhirnya, guru-guru pengiring dan semua yang telah menjayakannya.

Riadhah yang menyeronokkan

Urusetia Perhubungan / Fasilitator Saadah

Hadiah kepada perasmi : Ustaz Dzul Fakor Ali Mustapa
Disampaikan oleh : Mohd Khusyairi Abd Rahim (Presiden JAST)

Penyampaian hadiah kepada guru BADAR

Fasilitator Anuar Roseli

Setiausaha EKSPIDAR / Fasilitator Ainul Salasiah

Maafkan kami cikgu!
(sedutan daripada babak lakonan)

Mesyuarat kuih muih !

kuih tahi itik: sempena nuzul Al-Quran, Ihya' Ramadhan dan Hari Kemerdekaan, saya sebagai kuih tahi itik merasakan perlu untuk kita menjemput artis dari luar walaupun auratnya tidak sepenuhnya ditutup tetapi dia tidak menyanyikan lagu2 yang lagha..kita jemput artis tersebut untuk menyampaikan selawat sahaja... Islamik juga kan?

kuih keria : saya sama sekali tidak bersetuju dengan kuih tahi itik. Adakah kita sekadar membiarkan artis yang tidak menutup aurat datang walaupun kita menyambut Hari Kemerdekaan? Inikan bulan Ramadhan!

bengkang ubi : saya tidak bersetuju dengan cadangan kuih keria yang dirasakan ketinggalan zaman itu! zaman kita zaman teknologi! zaman up to date!

(sebahagian perbincangan dlm mesyuarat)


BADARIAH harapan SMKANT



Alhamdulillah selesailah sudah Kejohanan Bowling JAST. Kehadiran ahli JAST serta guru SMKANT telah menggegarkan Pusat Bowling Summit, Bukit Mertajam. Diharapkan program ini menjadi sebuah program bermmakna yang dapat diingati oleh semua yang terlibat dalam menjayakannya sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga Ukhwah yang terbina suatu ketika dahulu di bumi SMKANT akan terus mekar mewangi di jambangan redha Ilahi...



Tempat : Pusat Bowling Summit
Tarikh : 31 Julai 2010
Masa : 2 - 6 ptg
Bayaran : RM 15 seorang

Maklumat lanjut hubungi Ghazali 017-3173755



".. Dialah (Allah) yang telah memilih kamu menjadi orang yg beriman, dan Dia sama sekali tidak menjadikan urusan pengibadatan & syariat itu sbg sesuatu yg membebankan kamu.." (al-Hajj)

Assalamualaikum...

Sesungguhnya Allah telah pun memilih kita untuk lahir dari keluarga org2 yg beriman, sama ada zaman kita membesar dari zaman kanak2 kita diasuh, diajar, dan dididik dgn ilmu dan penghayatan agama atau tidak, yang pasti Dia telah memilih kita untuk pernah ke SMKANT. Satu lagi nikmat yg besar.

Berpakaian dan hidup dlm suasana berlandaskan syariat, masyarakat pastinya memandang mulia kpd kita masa tuu, sama seperti pandangan mulia mereka kpd pelajar2 sekolah agama yg lain bahkan seperti hormatnya mereka kpd ustaz2 dan menganggap kita cukup bertuah di beri kemuliaan seperti itu oleh Allah. benarlah kata Saidina Umar yg masyhor : " Kita adalah kaum terpilih yg dimuliakan oleh Allah dgn syariat dan cara hidup Islam. Sesiapa yg mencari "kemuliaan" lain selain drpd syariat dan cara hidup yg telah ditetapkan Allah kpd kita, maka sesungguhnya Dia akan menghina kita "

Berada di alam universiti yg bebas, dan alam pekerjaan yg bertambah bebas, ramai yg memilih utk "lari" daripada "kokongan" syariat Allah. mereka berasa malu dan terhina dgn imej dan perwatakan serta cara hidup Islam yg telah Allah tetapkan lalu memilih cara berpakaian dan cara hidup lain yg umumnya dilihat moden dgn bertepatan dgn trend fashion remaja hari ini dalam mencari kemuliaan dan pujian dlm hidup mereka.

Mereka tidak takut penghinaan yg Allah akan berikan di dunia dan juga Akhirat. Mereka juga terlupa bahawa Allah telah memberi amaran "Sesungguhnya orang2 yg angkuh dan sombongkan diri mereka daripada mentaati perintah dan syariat Kami, pasti Kami akan menghumban mereka kpd dalam neraka jahannam dgn penuh kehinaan ". Renung dan fikir2 lah wahai sahabat, sesungguhnya maut yg kita cuba larikan diri drpdnya akan telah datang dan semakin dekat...

Wassalam





Assalamualaikum...

Semoga semua rakan2 alumni, guru2 SMKANT & adik2 smkant yang dirindui, sihat2 selalu dan dikekalkan iman dan hidayahNya senantiasa.

Alhamdulillah tahun ini kita benar2 dapat menghidupkan semula persatuan alumni kita dengan jayanya (setakat hari nie) jika nk banding dengan usaha2 yg pernah dilakukan sejak beberapa tahun lalu. kita tubuhkan Jast 2002 dan kemudian menjadi persatuan/pertubuhan berdaftar pada 2004, dan hari ini kita berjaya bangun semula selepas tersungkur hampir 6 tahun, membawa harapan besar bekas2 pelajar yg kini ribuan org, harapan guru2 kita, pihak sekolah dan juga PIBG. Berkat dari doa anda semua dan juga kesedaran tentang tanggungjawab dan peri pentingnya sebuah persatuan alumni.

Sejak hampir 4 bulan yang lalu selepas FB Jast diwujudkan, kemudian perlantikan Jawatankuasa Penaja yang baru pada hujung April, selesaikan urusan legal (ROS) pada Mei dan kini kita sedang melangkah ke fasa2 yang seterusnya. Kita sedang memulakan usaha pendaftaran ahli dan Insyallah minggu depan kami akan umum no akaun bagi tujuan pembayaran yuran dan sumbangan.

Rakan alumni semua,

Perjalanan Jast sesi ini lebih tertumpu kepada 4 fokus berikut :

Pertama : Pengstrukturan semula organisasi Jast, merangkumi Jawatankuasa Penggerak di mana kita membuat lantikan baru Jawatankuasa Penaja bagi mengantikan Jawatankuasa Penaja yang lama (lantikan 2002), perlembagaan di mana kita membuat pindaan keseluruhan perlembagaan sedia ada dan urusan legal terutama berkaitan ROS.

Kedua : Mengumpulkan ahli2 alumni yg benar2 bersungguh2 mahu bersama Jast dengan menggerakkan pendaftaran ahli, di mana semua alumni perlu mendaftar sebagai ahli dengan bayaran yuran pendaftran RM 10. Asasnya, semua mereka yang pernah belajar dan mengajar di SMKANT adalah layak untuk mendaftar menjadi ahli. Hak dan tanggungjawab ahli adalah spt yg dinyatakan dalam Perlembagaan JAST (Pindaan 2010).

Ketiga : Tumpuan kepada membina hubungan dgn pihak SMKANT termasuklah dalam penganjuran program atau membantu program2 untuk adik2 di SMKANT.

Keempat : Tumpuan kepada program2 untuk bekas2 pelajar dan guru2.

Rakan2 alumni yg di kasihi,
Program pertama 2010 adalah Kejohanan Bowling pada 31 Julai, dan Insyllah akan disusuri Majlis Buka Posa, dan Kejohanan Futsal. Program2 awal ini diatur untuk mendekatkan semua bekas pelajar dari semua batch dan mengumpul dana. Diharap sambutan yg diberi adalah amat menggalakkan. Justeru saya mengajak semua rakan2 alumni dan guru2 bersama2 menyertai dan menjayakan program-program ini.

Terima kasih saya rakamkan kepada semua AJK Penaja atas kesungguhan dan pengorbanan, dan rakan2 alumni serta guru2 yg sentiasa menyokong dan memberi dorongan. Sekiranya ada sebarang cadangan aktiviti, idea dan sebagainya demi untuk kebaikan Jast kita, adalah amat dialu2kan. Jika ada yg offer diri untuki menganjurkan program/aktiviti juga amat2 digalakan, dan boleh berhubung dengan Sdr Setiausaha atau Penyelaras/Pengurus Program Alumni Sdr Ghazali.

Wassalam...


NOORIZWAN ZAINAL (SPM OO)
Eksklusif ala WOTY
HAFIZ ABDULLAH (SPM 00)
Mempelai dua sejoli
SOLEHATI YUSOFF (SPM 01)
Kesederhanaan lambang keimanan & ketaqwaan

NIZAM ISHAK & EZZULIANI (SPM 03)
Wajah keceriaan dan kebahagiaan

NABILAH OTHMAN (SPM '03)
Yang jauh didekatkan, yang dekat diserasikan

HAZIRAH MANSOR (SPM 03)
Bagai pinang dibelah dua

QUSYAIRI (SPM 03)
Keunikan perkahwinan adat istiadat NAVY

AHMAD HAFIZ & ZILA (SPM 04)
Anggun bergaya pengantin muda



Potret kehidupanmu sejenak cuma
Dihias rona warna anggun pesona
Seharum kasturi di taman syurga
Sinar bernilai ibarat mutiara

Kerana di situ kau menerima tarbiah
Menyelusuri denai quran dan sunnah
Wajah sinar limpah taqwa istiqamah
Bernaung di bawah maghfirah hidayah

Namun suria tidak sampai ke petang
Mendung menyapa cerah kan pincang
Mengganas taufan gila menggarang
Membawa pergi nikmat pernah ditatang

Yang berlandas, telah tersasar
Yang ditunjuk, semakin pudar
Yang bersemangat, kian hambar
Yang menyerlah, hilang sinar

Bila Islam hilang dari genggam
Bila Iman lemas dalam gurindam
Bila Ihsan kini tinggal dendam
Saat itu kita lihat insan tenggelam

Insan itu bukan sekadar biasa
Hiasan madrasah suatu ketika
Kerana jebakan dunia hati merana
Nilaian disisi-Nya kian menyirna

Ada hati, fahamilah
Ada mata, lihatlah
Ada telinga, dengarlah
Agar hidupmu dibajai iman dan dipagari maruah
Puisi ini ditujukan khas buat alumni SMKANT. Semoga istiqamah dalam Islam, Iman dan Ihsan
inspirasi daripada Surah al-A'raf (7) ayat 179 :
" Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakan untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Meraka itulah orang-orang yang lalai. "



Pada 5 Jun 2010, JAST telah mengambil inisiatif kerjasama dengan pihak SMKANT dalam menganjurkan program Jejak Ilmu tingkatan 3 dan 5 bertempat di Universiti Sains Malaysia Kampus Kejuruteraan, Transkrian, Pulau Pinang. Seramai 23 ahli JAST hadir sebagai fasilitator bagi membantu pihak SMKANT menjayakan program tersebut. Slot latihan dalam kumpulan (LDK) yang dikendalikan oleh JAST sepenuhnya telah berjalan dengan lancar. Para pelajar SMKANT juga memberikan respon dan kerjasama yang baik sepanjang JAST mengendalikan slot tersebut. JAST ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada seluruh warga SMKANT kerana telah memberi peluang JAST kembali aktif sebagai proksi SMKANT.


Sambutan Hari Guru yang diadakan pada 2 Jun 2010 bertempat di SMKANT turut dimeriahkan dengan kehadiran ahli JAST yang diketuai oleh Presiden JAST, saudara Khusyairi Abdul Rahim. Beliau turut diberi ruang untuk berucap pada majlis tersebut. Kelihatan para pelajar dan guru SMKANT gembira menyambut kehadiran ahli JAST. Diharapkan dengan kehadiran ahli JAST ke majlis tersebut akan mengeratkan lagi hubungan diantara JAST dan SMKANT.

"Selamat Menyambut Hari Guru buat semua guru-guru dan bekas guru-guru SMKA Nibong Tebal. Jasa, pengorbanan dan keikhlasan baktimu dahulu telah melahirkan 'kami' yang berjaya hari ini." - Presiden JAST 2010, Khusyairi Abdul Rahim -

"Guru... Dalam ajarnya ada harapan, dalam tegurnya ada doa, dalam tawanya ada mesra, dalam diam ada bijaksana, dalam tangannya kita terbina. Selamat Hari Guru buat semua guru dan bekas guru SMKANT." - Timbalan Presiden 2 JAST 2010, Jasika@Khairunnisa' Salleh -


Kini JAST semakin aktif dengan aktiviti sukan mingguan secara berkala. Futsal menjadi aktiviti sukan utama JAST. Sekiranya anda (ahli JAST) berminat menyertai aktiviti futsal ini, anda boleh berhubung dengan saudara Ghazali (facebook : Ghazali Glx). Anda boleh menyertai secara individu atau berkumpulan (untuk perlawanan persahabatan).

Hari : Isnin dan Rabu setiap minggu
Tempat : Safira, Seberang Jaya, Pulau Pinang
Masa : 9 malam - 10 malam

(p/s : Perlawanan Khas Futsal Sempena World Cup pada 13 Jun 2010, 10-11.30 malam, Safira Seberang Jaya. Hubungi Shahrul (facebook : Shahrul Ashraf Ibrahim)



Takziah JAST ucapkan kepada keluarga Marlina Mat Zin (SPM '04) di atas kematian ayahndanya yang tercinta pada 11.30 pagi, 21 Mei 2010 disebabkan kanser paru-paru. Jenazah telah selamat dikebumikan pada pukul 5 petang 22 Mei 2010. Semoga roh beliau dicucuri rahmat-Nya. Al-Fatehah buat Allahyarham...




29 Mei 2010
Nabilah Othman (SPM '03)
40,Lorong Kedidi, Taman Sempadan, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang

29 Mei 2010
Noorizwan Zainal (SPM '00)
Dewan Sri Kerian Parit Buntar Inn, Perak

29 MEI 201
Muhammad Hafiz Abdullah (SPM '00)
Padang Benggali, Teluk Air Tawar, 13050 Butterworth, P.Pinang
013-4382810

12 Jun 2010
Ahmad Hafiz Mohammad (SPM '04)
1036, Jalan Kampung Pertama, Taman Haji Mohd Amin, 13500 Permatang Pauh, Pulau Pinang

12 Jun 2010
Hazirah Mansor (SPM '03)
TBP 6678, MK 5, Kampung Petani, Bukit Mertajam, P. Pinang

12 Jun 2010
Ezzulliani Zulkifli (SPM '03)
No.2, Jalan Baru, Alor Pongsu, 34300 Bagan Serai, Perak

13 Jun 2010
Nizam Ishak (SPM '03)
571,Jalan Baru Sg.Bakau, 14320 Nibong Tebal,Pulau Pinang

20 Jun 2010
Nur Shalihati (Solehati) Mohd Yusof (SPM '01)
F 6118, Jalan Masjid, Kg. Permatang Pasir,
34950 Bandar Bahru, Kedah
(berdekatan USM Kampus Kejuruteraan Transkrian)



Takziah diucapkan kepada Ahmad Fikri Ahmad Nazari (SPM '07) yang terjatuh dari tingkat tiga bangunan asramanya di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Perlis pada 27 April 2010. Akibat daripada itu, paha, pergelangan tangan kiri serta rahang beliau mengalami kecederaan serius. Kini beliau sedang dirawat di rumah beliau yang beralamat 1071, Mukim 20, Penanti, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Beliau boleh dihubungi di talian 013-3090126. Semoga beliau tabah menghadapi dugaan ini.

"Tidak ditimpa seseorang muslim itu daripada kepenatan, kesakitan, dukacita, kebimbangan, penderitaan, kesedihan dan tusukan duri sekalipun melainkan dengan perkra tersebut Allah Taala menjadikannya sebagai kifarat terhadap kesalahan-kesalahannya."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)


Assalamualaikum WarahmatuLlah Wabaraktuh...

Blog ini akan diaktifkan oleh Jawatankuasa JAST secara rasmi berkuatkuasa pada 1 Jun 2010.

Sekiranya anda ingin berkongsi berita dan cerita berkenaan diri atau rakan? Salurkan maklumat tersebut ke borang online JAST HOT NEWS yang terletak di bahagian tengah blog. Ianya terbuka kepada guru, bekas guru, pelajar serta bekas pelajar SMKANT sahaja.

Setiap yang ingin menjadi ahli hendaklah mendaftar secara online di blog ini pada bahagian JAST HOT REGISTER agar memudahkan pengurusan pentadbiran JAST. Daftar secara online akan dibuka pada 1 Jun 2010.

Sekian terima kasih.