twitter



Potret kehidupanmu sejenak cuma
Dihias rona warna anggun pesona
Seharum kasturi di taman syurga
Sinar bernilai ibarat mutiara

Kerana di situ kau menerima tarbiah
Menyelusuri denai quran dan sunnah
Wajah sinar limpah taqwa istiqamah
Bernaung di bawah maghfirah hidayah

Namun suria tidak sampai ke petang
Mendung menyapa cerah kan pincang
Mengganas taufan gila menggarang
Membawa pergi nikmat pernah ditatang

Yang berlandas, telah tersasar
Yang ditunjuk, semakin pudar
Yang bersemangat, kian hambar
Yang menyerlah, hilang sinar

Bila Islam hilang dari genggam
Bila Iman lemas dalam gurindam
Bila Ihsan kini tinggal dendam
Saat itu kita lihat insan tenggelam

Insan itu bukan sekadar biasa
Hiasan madrasah suatu ketika
Kerana jebakan dunia hati merana
Nilaian disisi-Nya kian menyirna

Ada hati, fahamilah
Ada mata, lihatlah
Ada telinga, dengarlah
Agar hidupmu dibajai iman dan dipagari maruah
Puisi ini ditujukan khas buat alumni SMKANT. Semoga istiqamah dalam Islam, Iman dan Ihsan
inspirasi daripada Surah al-A'raf (7) ayat 179 :
" Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakan untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Meraka itulah orang-orang yang lalai. "

1 komen:

  1. bait2 puis i yang perlu dihayati dan difahami

Post a Comment