twitter



Kem Eksplorasi Pemerkasaan Pimpinan BADAR anjuran Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nibong Tebal dengan kerjasama Jalinan Ukhuwah Lepasan SMKANT (JAST) yang telah diadakan di Sedim Eco Park meninggalkan 1001 langkah dalam arena tarbiah SMKANT. Seramai 21 orang pimpinan BADAR SMKANT telah berjaya ditarbiyah dalam peringkat ta'rif atau pengenalan. Terima kasih kepada ahli JAST terutama jawatan kuasa EKSPIDAR yang telah bertungkus-lumus menyiapkan modul, pulang daripada Nilai, Gombak, Serdang, Kuala Lumpur, serta mengorbankan masa, wang dan tenaga sebagai urusetia dan fasilitator. Tahniah kepada pimpinan BADAR SMKANT sesi 2010/11 yang telah berjaya mengharungi pelbagai ujian dalam Kem EKSPIDAR kali ini. Tidak dilupakan juga, kerjasama daripada pihak SMKANT terutamanya Ustaz Dzul Fakor Ali Mustapa (PK HEM SMKANT) yang menyokong serta mendokong usaha ini daripada mula hingga ke akhirnya, guru-guru pengiring dan semua yang telah menjayakannya.

Riadhah yang menyeronokkan

Urusetia Perhubungan / Fasilitator Saadah

Hadiah kepada perasmi : Ustaz Dzul Fakor Ali Mustapa
Disampaikan oleh : Mohd Khusyairi Abd Rahim (Presiden JAST)

Penyampaian hadiah kepada guru BADAR

Fasilitator Anuar Roseli

Setiausaha EKSPIDAR / Fasilitator Ainul Salasiah

Maafkan kami cikgu!
(sedutan daripada babak lakonan)

Mesyuarat kuih muih !

kuih tahi itik: sempena nuzul Al-Quran, Ihya' Ramadhan dan Hari Kemerdekaan, saya sebagai kuih tahi itik merasakan perlu untuk kita menjemput artis dari luar walaupun auratnya tidak sepenuhnya ditutup tetapi dia tidak menyanyikan lagu2 yang lagha..kita jemput artis tersebut untuk menyampaikan selawat sahaja... Islamik juga kan?

kuih keria : saya sama sekali tidak bersetuju dengan kuih tahi itik. Adakah kita sekadar membiarkan artis yang tidak menutup aurat datang walaupun kita menyambut Hari Kemerdekaan? Inikan bulan Ramadhan!

bengkang ubi : saya tidak bersetuju dengan cadangan kuih keria yang dirasakan ketinggalan zaman itu! zaman kita zaman teknologi! zaman up to date!

(sebahagian perbincangan dlm mesyuarat)


BADARIAH harapan SMKANT

1 komen:

  1. tak dapat join time nih..huhu sbb terlibat ngan aktiviti lain...insyaAllah aktiviti akan dtg sy akan join,,n_n

Post a Comment