twitter



".. Dialah (Allah) yang telah memilih kamu menjadi orang yg beriman, dan Dia sama sekali tidak menjadikan urusan pengibadatan & syariat itu sbg sesuatu yg membebankan kamu.." (al-Hajj)

Assalamualaikum...

Sesungguhnya Allah telah pun memilih kita untuk lahir dari keluarga org2 yg beriman, sama ada zaman kita membesar dari zaman kanak2 kita diasuh, diajar, dan dididik dgn ilmu dan penghayatan agama atau tidak, yang pasti Dia telah memilih kita untuk pernah ke SMKANT. Satu lagi nikmat yg besar.

Berpakaian dan hidup dlm suasana berlandaskan syariat, masyarakat pastinya memandang mulia kpd kita masa tuu, sama seperti pandangan mulia mereka kpd pelajar2 sekolah agama yg lain bahkan seperti hormatnya mereka kpd ustaz2 dan menganggap kita cukup bertuah di beri kemuliaan seperti itu oleh Allah. benarlah kata Saidina Umar yg masyhor : " Kita adalah kaum terpilih yg dimuliakan oleh Allah dgn syariat dan cara hidup Islam. Sesiapa yg mencari "kemuliaan" lain selain drpd syariat dan cara hidup yg telah ditetapkan Allah kpd kita, maka sesungguhnya Dia akan menghina kita "

Berada di alam universiti yg bebas, dan alam pekerjaan yg bertambah bebas, ramai yg memilih utk "lari" daripada "kokongan" syariat Allah. mereka berasa malu dan terhina dgn imej dan perwatakan serta cara hidup Islam yg telah Allah tetapkan lalu memilih cara berpakaian dan cara hidup lain yg umumnya dilihat moden dgn bertepatan dgn trend fashion remaja hari ini dalam mencari kemuliaan dan pujian dlm hidup mereka.

Mereka tidak takut penghinaan yg Allah akan berikan di dunia dan juga Akhirat. Mereka juga terlupa bahawa Allah telah memberi amaran "Sesungguhnya orang2 yg angkuh dan sombongkan diri mereka daripada mentaati perintah dan syariat Kami, pasti Kami akan menghumban mereka kpd dalam neraka jahannam dgn penuh kehinaan ". Renung dan fikir2 lah wahai sahabat, sesungguhnya maut yg kita cuba larikan diri drpdnya akan telah datang dan semakin dekat...

Wassalam

0 komen:

Post a Comment