twitter





Assalamualaikum...

Semoga semua rakan2 alumni, guru2 SMKANT & adik2 smkant yang dirindui, sihat2 selalu dan dikekalkan iman dan hidayahNya senantiasa.

Alhamdulillah tahun ini kita benar2 dapat menghidupkan semula persatuan alumni kita dengan jayanya (setakat hari nie) jika nk banding dengan usaha2 yg pernah dilakukan sejak beberapa tahun lalu. kita tubuhkan Jast 2002 dan kemudian menjadi persatuan/pertubuhan berdaftar pada 2004, dan hari ini kita berjaya bangun semula selepas tersungkur hampir 6 tahun, membawa harapan besar bekas2 pelajar yg kini ribuan org, harapan guru2 kita, pihak sekolah dan juga PIBG. Berkat dari doa anda semua dan juga kesedaran tentang tanggungjawab dan peri pentingnya sebuah persatuan alumni.

Sejak hampir 4 bulan yang lalu selepas FB Jast diwujudkan, kemudian perlantikan Jawatankuasa Penaja yang baru pada hujung April, selesaikan urusan legal (ROS) pada Mei dan kini kita sedang melangkah ke fasa2 yang seterusnya. Kita sedang memulakan usaha pendaftaran ahli dan Insyallah minggu depan kami akan umum no akaun bagi tujuan pembayaran yuran dan sumbangan.

Rakan alumni semua,

Perjalanan Jast sesi ini lebih tertumpu kepada 4 fokus berikut :

Pertama : Pengstrukturan semula organisasi Jast, merangkumi Jawatankuasa Penggerak di mana kita membuat lantikan baru Jawatankuasa Penaja bagi mengantikan Jawatankuasa Penaja yang lama (lantikan 2002), perlembagaan di mana kita membuat pindaan keseluruhan perlembagaan sedia ada dan urusan legal terutama berkaitan ROS.

Kedua : Mengumpulkan ahli2 alumni yg benar2 bersungguh2 mahu bersama Jast dengan menggerakkan pendaftaran ahli, di mana semua alumni perlu mendaftar sebagai ahli dengan bayaran yuran pendaftran RM 10. Asasnya, semua mereka yang pernah belajar dan mengajar di SMKANT adalah layak untuk mendaftar menjadi ahli. Hak dan tanggungjawab ahli adalah spt yg dinyatakan dalam Perlembagaan JAST (Pindaan 2010).

Ketiga : Tumpuan kepada membina hubungan dgn pihak SMKANT termasuklah dalam penganjuran program atau membantu program2 untuk adik2 di SMKANT.

Keempat : Tumpuan kepada program2 untuk bekas2 pelajar dan guru2.

Rakan2 alumni yg di kasihi,
Program pertama 2010 adalah Kejohanan Bowling pada 31 Julai, dan Insyllah akan disusuri Majlis Buka Posa, dan Kejohanan Futsal. Program2 awal ini diatur untuk mendekatkan semua bekas pelajar dari semua batch dan mengumpul dana. Diharap sambutan yg diberi adalah amat menggalakkan. Justeru saya mengajak semua rakan2 alumni dan guru2 bersama2 menyertai dan menjayakan program-program ini.

Terima kasih saya rakamkan kepada semua AJK Penaja atas kesungguhan dan pengorbanan, dan rakan2 alumni serta guru2 yg sentiasa menyokong dan memberi dorongan. Sekiranya ada sebarang cadangan aktiviti, idea dan sebagainya demi untuk kebaikan Jast kita, adalah amat dialu2kan. Jika ada yg offer diri untuki menganjurkan program/aktiviti juga amat2 digalakan, dan boleh berhubung dengan Sdr Setiausaha atau Penyelaras/Pengurus Program Alumni Sdr Ghazali.

Wassalam...

0 komen:

Post a Comment